Pages

Selasa, 22 Julai 2008

SEJARAH RINGKAS


Stesen Kastam Kulim diwujudkan pada bulan Jun 1984 bagi memenuhi keperluan pengilang-pengilang di kawasan perindustrian Kulim yang mana sebelum ini mereka terpaksa ke pejabat Kastam Sungai Petani untuk berurusan dengan pihak kastam. Pada asalnya stesen ini diketuai oleh seorang Penguasa Kastam, Encik Darus Mustapha B Mat Ibrahim dan terdiri dari 10 orang pegawai kastam, seorang jurutaip dan seorang Pembantu Am Rendah Pejabat Kastam. Pada masa ini jabatan ini terletak di Lot 2 Bangunan Kedai Dua Tingkat di alamat No 40, Jalan Bukit Awi 09000 Kulim dan sewanya sebanyak RM 2000 sebulan. Di peringkat awal penubuhannya aktiviti perkastaman yang dijalankan di stesen ini ialah kawalan fizikal 9 buah Gudang Perngilangan Berlesan (GPB) yang berorentasikan eksport dan hanya sebuah syarikat iaitu Body Fashion (M) Sdn Bhd yang mempunyai jualan tempatan. Pada masa ini pemeriksaan fizikal dilakukan di Kulim manakala duti atau cukai masih dibayar di Pejabat Kastam Sungai Petani.

Dengan meningkatnya bilangan kilang yang perlu dikawal, warga kerja stesen ini telah ditambah sebanyak 14 orang dan diwujudkan pula cawangan Cukai Dalaman pada awal tahun 1990 pembayaran duti kastam mula dipungut di stesen ini. Ia memudahkan urusan pengilang-pengilang dan mereka tidak perlu lagi ke stesen Sungai Petani yang jaraknya 60 kilometer daripada Kulim serta mengambil masa satu jam perjalanan.

Mulai 1 Mac 1996 Ketua Stesen Kulim telah dinaikkan taraf daripada jawatan Penguasa Kastam kepada Penolong Kanan Pengarah Kastam selaras dengan perkembangan industri di Daerah Kulim Bandar Bahru serta kewujudan Kulim Hi-Tech Park di mana kilang-kilang yang di tempatkan di kawasan ini adalah Berteknologi Tinggi.

Melalui penambahan warga kerja serta perkembangan pesat aktiviti perindustrian pejabat yang sedia ada menjadi begitu sesak dan tidak kondutif kepada warga kerja serta pelanggan. Oleh itu, pihak jabatan mula merancang untuk membina bangunan sendiri diatas Tanah Lot 2647, Mukim Lunas, Kulim dan dimasukkan dalam senarai Projek Pembangunan Jabatan bagi Rancangan Malaysia ke- 7.

pada 16 November 1999, kerja-kerja asas pembinaan pejabat baru Kulim mula dijalankan Syarikat Pertabina Tehnical Service yang beralamat No 42 Lorong 24, Tycoon Square, Sungai Petani telah diamanahkan. Kontrak pembinaan ini dengan nilai kos 2.8 juta di bawah pengawasan pihak Jabatan Kerja Raya akhirnya telah menyerahkan secara rasminya bangunan ini kepada pihak Jabatan pada 10 Jun 1998. Akhirnya bangunan baru Pejabat Kastam Kulim yang beralamat Batu 3 Jalan Lunas, 09000 Kulim yang mula diduduki pada 15 Ogos 1998. Dengan adanya bangunan sendiri serta kemudahan dan kelengkapan pejabat serba baru dan selesa warga kerja beriltizam untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti serta dapat memuaskan hati pelanggan selaras dengan slogan “perkhidmatan cemerlangpegawai berbudaya” Stesen Kulim seterusnya akan seiring dengan stesen kastam lain di Negeri Kedah sebagaimana slogan “1 Jabatan, 1 pasukan, 1 Tujuan.

Majlis perasmian Kompleks Kastam Diraja Kulim Kedah telah dirasmikan oleh yang Berbahagia Datuk Haji Ahmad Padzli B Mohyiddin P.J.N. D.P J.S.M Ketua Pengarah Kastam Malaysia Pada Isnin 18 oktober 1999.

Tiada ulasan: